
Anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam antara tujuh lelaki yang disyaki ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditahan dalam Op Global di empat lokasi di Pahang dan Kelantan pada Khamis.
Advertisement
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan bahawa permohonan reman untuk kesemua lelaki berusia 24 hingga 35 tahun itu dibuat di Mahkamah Shah Alam, Selangor.
"Mereka direman selama tujuh hari mulai Jumaat hingga Khamis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurut Razarudin, semua yang ditahan kini ditempatkan di Lokap Berpusat Shah Alam.
Dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada jam 5.40 pagi, seramai 12 lelaki dan tujuh wanita ditahan dan juga direman selama tujuh hari dari Khamis hingga Rabu untuk membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian