Sebuah video yang tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki mengamuk memegang kayu di pekarangan sekolah telah terungkai.

Video yang dimuat naik @Epinmusa hanyalah lakonan keselamatan semata-mata dan bukanlah seperti yang disangka warganet.
Advertisement
Menurut perkongsian di laman Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Warisan Puteri, pihaknya memaklumkan kehadiran lelaki dalam keadaan mengamuk di tengah-tengah tapak perhimpunan sekolah untuk tujuan latihan demonstrasi keselamatan.
“Objektif latihan tersebut adalah sebagai persediaan dan latihan kepada pelajar dan guru sekiranya kejadian tersebut berlaku di sekolah.
“Persediaan tersebut meliputi sudut menyelamatkan diri sekiranya kejadian tersebut benar-benar berlaku,” katanya.
Tiada sebarang kecederaan yang berlaku susulan ia hanyalah lakonan semata-mata di sekolah tersebut.
Pihaknya berharap agar tiada yang menyalah erti daripada menonton video tersebut.
Sumber: Kosmo Online