Skip to main content

Advertisement

Hiburan

"Sebagai Anak Malaysia, Selagi Mampu Saya Akan Terus Sokong…” - Amelia Ajak Rakyat Malaysia Sokong Produk Lokal

”sebagai anak malaysia, selagi mampu saya akan terus sokong…” - amelia ajak rakyat malaysia sokong produk lokalFoto: Instagram

Pelakon popular, Amelia menekankan kepentingan masyarakat menyokong hasil buatan tempatan sebagai tanda kebanggaan dan cinta terhadap negara.

Advertisement

Menurut Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, tindakan itu bukan sekadar simbolik, tetapi satu cara nyata untuk menghargai usaha rakyat Malaysia.

“Saya rasa sudah sampai masanya kita beri perhatian kepada apa yang dihasilkan oleh orang kita sendiri. Kalau kita sendiri tidak sokong, siapa lagi yang akan hargai hasil kerja kita?” kata Amelia dalam satu temu bual.

Beliau turut menekankan bahawa sokongan terhadap hasil tempatan bukan bermaksud menolak pilihan lain, tetapi ia satu usaha untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi dorongan kepada generasi muda untuk terus berinovasi.

“Apabila kita lihat kejayaan orang Malaysia dalam apa jua bidang, ia memberi inspirasi dan membuktikan kita juga mampu bersaing,” ujarnya lagi.

Amelia berharap rakyat Malaysia lebih menghargai hasil tempatan dan memberi peluang kepada karya anak Malaysia untuk berkembang.

“Sebagai anak Malaysia, selagi saya mampu, saya akan terus menyokong usaha dan karya rakyat kita,” tambahnya.

Sumber: HibGlam

SINAR Muzik Retro Terbaik