
Foto: METMalaysia
Advertisement
Ribut Tropika Senyar yang mendarat di pantai barat Semenanjung awal pagi tadi kini semakin melemah, menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip. Ribut itu memasuki daratan sekitar jam 1 pagi antara Banting dan Port Dickson sebelum kehilangan kekuatannya ketika bergerak ke kawasan pedalaman menuju Pahang.
Walaupun telah lemah, sisa peredaran ribut masih berpotensi membawa hujan dari semasa ke semasa. METMalaysia akan terus memantau sistem tekanan rendah ini dan mengeluarkan kemas kini jika terdapat perkembangan baharu.

Foto: METMalaysia
Semalam, METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga esok di beberapa negeri. Kawasan kategori bahaya meliputi:
- Terengganu: Kemaman
- Pahang: Maran, Kuantan, Pekan
- Selangor: Klang, Kuala Langat, Sepang
- Putrajaya
- Negeri Sembilan: Seremban, Port Dickson
Manakala kawasan kategori buruk merangkumi banyak daerah di Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar).
Hujan berterusan turut dijangka di Kedah (Kulim, Bandar Baharu), Pulau Pinang, beberapa bahagian Perak Utara, Kelantan dan daerah lain di Johor seperti Batu Pahat, Kluang dan Mersing.
Penduduk di kawasan rendah atau mudah banjir dinasihatkan terus berwaspada.

Senyar merupakan ribut tropika ketiga yang pernah melanda Malaysia dan yang pertama terbentuk secara langsung di Selat Melaka, satu kejadian yang jarang berlaku. Sebelum ini, hanya Ribut Tropika Vamei (2001) dan Ribut Tropika Greg (1996) direkodkan.
Sumber: METMalaysia