Hujung minggu lalu, seorang penyokong bole sepak cedera hingga patah hidung akibat dipukul semasa menonton perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Susulan kejadian itu, penonton tersebut bertindak pantas membuat laporan polis.
Advertisement
Menurut Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, pihaknya memaklumkan lelaki berusia 30 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di Kuala Lumpur pada pada jam 11.50 pagi Ahad.
@aqnisiape_ansp Provoke lagi … Kannn Yang Turun Bukan Pegawai Percubaan taw 🤣 Kutip sorg2 Tuan #pialafa #jdtfinal #jdtvsKL #bolasepak ♬ original sound - Daddy Man Trader
"Mangsa mengesyaki dipukul oleh Johor Military Force (JMF).
"Mangsa telah pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan, seterusnya ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keadaan mangsa baik dan stabil.
"Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan," katanya.
Orang ramai yang melihat kejadian dikehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 kanun keseksaan (cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya).
Sumber: Sinar Harian