Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akui Tak Pernah Berkahwin, Lelaki Usia 97 Tahun Akhirnya Tamatkan Zaman Bujang

Perkahwinan pasti perkara yang diimpikan bagi setiap individu tetapi individu ini tetap menanti jodoh biarpun sudah dilanjut usia.

akui tak pernah berkahwin, lelaki usia 97 tahun akhirnya tamatkan zaman bujang

Baru-baru ini, seorang lelaki Kenya, Johana Maritim Butuk akhirnya mengahwini jodohnya yang merupakan teman wanitanya yang berumur 30 tahun.

Advertisement

Berusia 97 tahun, ia bukanlah penghalang bagi Butuk untuk menamatkan zaman bujangnya bersama teman wanita tersebut.

Majlis perkahwinan yang penuh gemilang dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan diadakan pada 14 Januari 2022 di Soy, daerah Uasin Gishu.

Ahli keluarganya mengakui bahawa Butuk tidak pernah berkahwin dengan mana-mana wanita dalam hidupnya sebelum ini.

Namun, lelaki tersebut teruja untuk mencari teman hidup walaupun pada usia senja.

Menurut saudaranya Chepkoech, lelaki warga emas itu akhirnya tunduk kepada desakan supaya berkahwin selepas melihat semua anak saudaranya berkahwin.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik