Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Aku Sunyi!” - Wanita Gigih Cari Jodoh Di Tengah Jalan

Seorang pelancong Russia mendapat perhatian warganet apabila dia memegang sepanduk dan berlegar-legar di tepi jalan di Pulau Bali untuk mencari jodoh.

“aku sunyi!” - wanita gigih cari jodoh di tengah jalan

Memetik laporan Laporan6, wanita warga asing itu dilihat memakai gaun berwarna putih dan selendang pengantin pada kepalanya.

Advertisement

Malah, dia memegang sepanduk bertulis perkataan ‘Mencari lelaki bujang’ dan disertakan sekali alamat akaun Instagramnya iaitu @lina_secretss.

Dia dilihat berdiri di tepi jalan raya sambil menunjukkan sepanduk kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang lalu-lalang.

Namun, orang ramai kurang senang dengan perbuatan yang dilakukan kerana ia boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik