Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Terlalu Kacak, Remaja Dibelasah Sehingga Cedera Parah

Sekumpulan lelaki bertindak membelasah seorang remaja Thailand berusia 15 tahun sehingga cedera parah kerana dikatakan terlalu kacak.

akibat terlalu kacak, remaja dibelasah sehingga cedera parah

Mangsa, Mooyong telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dan tidak sedarkan diri selama dua hari.

Advertisement

Namun, dia menceritakan detik ngeri itu kepada pihak media tempatan sejurus pulih daripada kecederaan.

Menurutnya, dia bersama empat rakannya pergi ke kedai gunting rambut pada hari kejadian dan terserempak dengan empat remaja terbabit.

Sekumpulan remaja itu kemudian mencabar Mooyong dan rakannya untuk bergaduh. 

Tambahnya, sebelum kejadian pergaduhan itu mereka memberitahu bahawa mereka berasa iri hati dengan ketampanannya. 

Sumber: Kosmo Online / Channel 3 Thailand
 

SINAR Muzik Retro Terbaik