Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aisyah Hijanah Kini Pemilik Syarikat, Jenamanya Sepenuhnya

Pempengaruh media sosial dan usahawan sensasi, Aisyah Hijanah meluahkan rasa syukur apabila harta sepencarian dia dan suaminya, Alif Teega iaitu syarikat Hijanah sepenuhnya menjadi miliknya hari ini.

aisyah hijanah kini pemilik syarikat, jenamanya sepenuhnya

Berusia 29 tahun, Aisyah memaklumkan perkara itu sudah diputuskan pihak mahkamah hari ini dan ia sudah secara rasmi 100% miliknya.

Advertisement

“Hari ini kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang sudah dipersetujui sebelum ini.

“Semuanya sudah selesai dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah,” katanya.

Suaminya, Alif Teega memaklumkan pemberian syarikat tersebut bukan menunjukkan Aisyah seorang yang tamak tetapi memberikan dia peluang menguruskan perniagaan sendiri.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik