Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[Video] Ais Kacang Jadi Tumpuan Musim Panas di Sweden

[video] ais kacang jadi tumpuan musim panas di swedenFoto: Tangkap layar TikTok

Pencuci mulut popular Malaysia, ais kacang atau ABC, kini menarik perhatian penduduk Sweden apabila seorang lelaki tempatan membuka gerai unik menjual hidangan itu di Stockholm.

Advertisement

Menerusi perkongsian pengguna TikTok, @Wawawandering, lelaki warga Sweden tersebut dilaporkan sangat meminati ais kacang hingga sanggup mengimport mesin khas dari Malaysia demi mengekalkan rasa asli.

“Dia jatuh cinta dengan ais kacang, siap beli mesin dari Malaysia dan buka gerai basikal comel di Stockholm,” tulis kapsyen dalam video berkenaan.

 

@wawawandering__ A Swedish guy jatuh cinta dengan ais kacang 😍. Dia siap beli mesin dari Malaysia and now buka cute bike stall kat Stockholm! 🚲🍧 Musim panas kat Scandinavia dah tak complete tanpa shaved ice pelangi ni – dengan sirap manis, jagung, kacang merah & cendol. From KL streets to Swedish summer vibes – ais kacang is the new chill star! ❄️🇲🇾🇸🇪 #sweden #stockholm #malaysia #malaysiatiktok #fyp ♬ Hanya di kau - Tan Sri P. Ramlee

 

Gerai berbentuk basikal itu dilengkapi mesin pengisar ais serta pelbagai bahan tradisi seperti sirap manis, jagung, kacang merah dan cendol, menampilkan cita rasa Malaysia di tengah bandaraya Sweden.

Di ruangan komen, ramai netizen teruja dan berbangga melihat makanan tempatan mendapat tempat di luar negara.

“Wah ada ais kacang, isi pun banyak,” komen seorang pengguna.

“Best bila orang luar cuba buat dan jual makanan Malaysia di negara lain. Bangga rasanya,” tulis yang lain.

Sumber: TikTok

SINAR Muzik Retro Terbaik