Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Kalau Ada yang Tak Terima Bahasa Melayu, Lebih Baik Jangan Duduk di Malaysia..” - Yang di-Pertuan Agong

“kalau ada yang tak terima bahasa melayu, lebih baik jangan duduk di malaysia..” - yang di-pertuan agongFoto: Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa Bahasa Melayu mesti terus dihormati sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa utama dalam sistem pendidikan negara.

Advertisement

Baginda bertitah, mana-mana pihak yang tidak menerima kedudukan bahasa tersebut seharusnya mempertimbangkan semula kedudukan mereka di Malaysia.

Titah berkenaan disampaikan ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat.

Menurut baginda, sebarang cadangan untuk mengiktiraf atau memperkenalkan sistem pendidikan baharu tidak boleh bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Kalau ada yang tak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda menegaskan bahawa Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia adalah asas penting dalam pembentukan jati diri serta perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Oleh itu, kedua-dua elemen tersebut tidak boleh diketepikan dalam mana-mana sistem pendidikan.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan bahawa kedudukan Bahasa Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu dihormati oleh semua pihak tanpa kompromi.

Baginda menambah bahawa pendidikan merupakan tunjang utama dalam membina masa depan negara serta melahirkan generasi yang beridentiti dan bersatu padu.

“Pendidikan adalah asas pembinaan bangsa dan negara. Ia perlu selari dengan Perlembagaan dan dasar sedia ada,” titah baginda lagi.

Dalam pada itu, baginda menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu bahasa dan pendidikan, sebaliknya bekerjasama memperkasa sistem pendidikan negara demi kepentingan generasi akan datang.

Sumber: Astro AWANI

SINAR Muzik Retro Terbaik