Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hasrat Tak Mahu Pulang Jadi Kenyataan, Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun Meninggal Dunia Di Madinah

Hasrat adik Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul apabila mengatakan tidak mahu pulang ke Malaysia  sebaik tiba di Mekah menjadi kenyataan.

hasrat tak mahu pulang jadi kenyataan, kanak-kanak berusia 4 tahun meninggal dunia di madinah

Berusia 4 tahun, kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di Madinah pada Selasa lalu.

Advertisement

Menurut bapanya, Mohamad Amirul Zulkafly, anaknya Nur Alesha yang juga anak keduanya itu meluahkan perkara tersebut ketika mereka sekeluarga mengerjakan umrah pada 5 Februari lalu.

“Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha ‘rumah’ baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yang diucapkan anak kepada saya dan isteri, Nur Ashwa Johalim.

“Pada mulanya tak perasan, selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya seperti petanda yang dia akan meninggalkan kami.

“Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci terlebih dahulu,” katanya.

Tambahnya, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iaitu pada 4 Mac lalu dan tarikh berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahiran Alesha yang keempat.

“Hari dia dikebumikan pula adalah hari yang sepatutnya kami sekeluarga pulang ke Malaysia iaitu pada 15 Februari.

“Apa yang berlaku ni seolah-olah kami ke Tanah Suci bukan saja untuk beribadah, malah untuk ‘hantar’ Nur Alesha bertemu penciptanya juga,” ujarnya dengan sebak.

Malah, bapanya juga mengakui anaknya seorang yang ramah dan ceria berubah sikapnya menjadi lebih manja apabila tiba di Madinah.

Selepas itu, dia mula mengalami masalah kesihatan selepas itu dan mula rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik