
Foto Hiasan
Advertisement
Dalam dunia psikologi moden, muncul satu istilah baharu yang makin mendapat perhatian, Otrovert. Jika sebelum ini kita hanya mengenali introvert, extrovert dan ambivert, kini wujud pula kategori yang berada di tengah-tengah tetapi dengan ciri yang lebih khusus dan unik.
Otrovert digambarkan sebagai individu yang tenaga sosialnya bergantung sepenuhnya kepada hubungan dengan orang tertentu, bukan situasi atau suasana.
Otrovert ialah seseorang yang kelihatan pendiam atau tak begitu bertenaga bila bersama orang yang mereka tak rapat, tetapi tiba-tiba berubah menjadi ceria, aktif dan banyak bercakap bila bersama individu yang membuat mereka rasa selesa.
Mereka bukan introvert yang memilih untuk menyendiri dan bukan juga extrovert yang boleh ‘on’ dalam apa sahaja keadaan.
Dengan kata lain, tenaga sosial otrovert bukan datang daripada ramai orang tetapi dari ‘orang yang tepat’.
Bagaimana Otrovert Berbeza Dengan Personaliti Lain?
- Introvert – suka ruang sendiri, tak perlukan ramai orang untuk rasa stabil.
- Extrovert – dapat tenaga bila bergaul dalam apa jua situasi.
- Ambivert – fleksibel, bergantung pada keadaan.

Foto Hiasan
Otrovert pula?
- Bergantung pada individu, bukan keadaan.
- Bila bersama orang yang mereka percayai, mereka boleh jadi sangat peramah, kelakar dan penuh idea.
- Di hadapan orang yang baru atau kurang rapat, mereka mudah cemas, pendiam atau nampak tiada mood.
Ciri-Ciri Biasa Seorang Otrovert
- Banyak bercakap dengan inner circle
- Nampak pendiam bila dengan orang baru
- Semangat naik bila bersama individu yang memberi rasa selamat
- Senang terdiam bila ada vibe yang tak kena
- Terlihat seperti dua personaliti bergantung kepada siapa yang ada bersama mereka
Jika ini kedengaran sangat familiar, mungkin anda sebenarnya bukan introvert atau extrovert tetapi seorang OTROVERT!
Ramai orang salah faham personaliti mereka kerana tidak sesuai sepenuhnya dalam kategori introvert-extrovert. Kemunculan istilah ini membantu lebih ramai individu memahami:
“Aku bukan tak suka orang… aku cuma perlukan orang yang aku selesa.”
Pemahaman ini bukan sahaja membantu dalam hubungan sosial, tetapi juga memperbaiki komunikasi, kerja dan kesejahteraan emosi.
Kesimpulannya, otrovert bukanlah kelemahan. Ia adalah personaliti unik yang hidup subur dalam hubungan yang berkualiti. Yang penting, kita belajar mengenali diri sendiri dan menghargai tenaga sosial kita dengan lebih bijak.
Kalau rasa ini kena batang hidung sendiri, selamat datang ke kelab otrovert!
Sumber: The Guardian