Malas nak basuh pinggan mangkuk yang kotor? Hati-hati!
Orang ramai diingatkan supaya tidak membiarkan pinggan mangkuk yang kotor berlonggok di dalam singki sebelum tidur.
Advertisement

Menurut perkongsian video di laman TikTok penceramah, Ustaz Ariffin Ayob, dia memaklumkan perkara itu ialah untuk mengelak berlakunya gangguan di dalam rumah.
“Jika tidak berkesempatan untuk basuh pada waktu malam, pastikan sisa makanan dibuang dan tidak dibiarkan di dalam singki.
@mrzahidzulkafli Ganguan Dalam Rumah,dan Susah Untuk Dapat Jodoh #ustazariffinayob #ustazariffinayub #mrzahidzulkafli #petua #amalan #iblis #syaitan #jin #mistik #fypage #fypシ゚viral #fyp #sihir #foryou ♬ آهات - zouhir silini
“Selepas buang, lingkupkan pinggan mangkuk tersebut jangan dibiarkan ternganga bagi mengelak punca-punca sihir yang berlaku di dalam rumah melalui bekas pinggan mangkuk yang kita gunakan untuk makan,” katanya.
Malah, Ustaz Ariffin mengingatkan orang ramai supaya pakaian yang dijemur di luar rumah perlulah dibawa masuk ke dalam sebelum waktu maghrib.
“Jangan biarkan baju terkena hujan, embun. Mudah terkena penyakit.
“Sesibuk macam manapun, pastikan semua pakaian dibawa masuk ke dalam rumah dan tidak dibiarkan kemudian esok baru ambil,” katanya.
Sumber: Kosmo Online