Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aceh Tolak Kemasukan Etnik Rohingya Kerana Pengotor, Degil

Penduduk Aceh menolak kehadiran pelarian Rohingya akibat sikap mengabaikan kebersihan dan sukar diatur.

aceh tolak kemasukan etnik rohingya kerana pengotor, degil

Malah, kehadiran pelarian Rohingya juga didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk.

Advertisement

Selain itu, penduduk tempatan juga muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi serta tidak menghormati adab dan budaya tempatan.

Sejak Ahad lalu, sebanyak tiga bot yang sarat membawa lebih 500 pelarian Rohingya tiba di perairan paling barat wilayah Aceh.

Satu daripada tiga bot berkenaan tiba di daerah Bireuen dengan membawa 256 orang Rohingya, manakala 239 lagi tiba di Pidie dan satu lagi bot membawa 36 Rohingya berlabuh di Aceh Timur.

Sebelum ini, bot-bot tersebut cuba berlabuh di tepi pantai, namun dihalang oleh penduduk setempat.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Aceh, Joko Krisdiyanto, pihaknya memaklumkan penduduk mempunyai alasan untuk mengusir pelarian Rohingya kerana pengalaman menerima golongan itu tidak lama dahulu.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik