Foto: Tangkap layar TikTok
Selepas menunggu lebih 22 tahun, pelakon dan penyanyi Abby Abadi akhirnya menerima mas kahwin tertangguh daripada bekas suaminya, Norman Hakim.
Advertisement
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Abby menerusi satu hantaran di media sosial, sekali gus menarik perhatian ramai.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, isu tersebut sebenarnya sudah lama selesai, namun dia memilih untuk berkongsi sebagai peringatan dan pengajaran.
“Dengan tenangnya saya kongsi serba sedikit agar semua tahu perkara ini telah pun selesai selepas 22 tahun,” katanya.
Abby turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah mendesak atau menuntut secara terbuka sepanjang tempoh tersebut kerana percaya setiap rezeki akan sampai pada waktu yang tepat.
“Apa yang menjadi hak kita, insya-Allah tak akan ke mana,” ujarnya.
@abbyabadi.exclusive Dengan tenangnya, Sy Share la serba sikit- biar semua tahu, yg ni dah selesai setelah 22tahun ya.. 🤭Terima Kasih Suami & Memey tak pernah campur urusan2 yg tertangguh ini.. Ps: Korang! Yg terbaca post ini… Cerita sini habis sini ok hihi.. bukan nak share sangatpun sbnrnya.. cuma nk maklum, berkat kesabaran selama 22tahun ni.. rezeki Sy, tetap rezeki Sy.. Alhamdullilah burpppp! Hihi.. Terima Kasih @normanhakim_786 ♬ Hujan Tangis - Ziell Ferdian
Dalam masa sama, Abby merakamkan penghargaan kepada suaminya sekarang serta isteri Norman, Memey Suhaiza, kerana tidak mencampuri urusan lama itu.
“Terima kasih kepada suami saya dan Memey kerana tidak pernah campur urusan tertangguh ini,” jelasnya lagi.
Tambah Abby, perkongsian itu bukan bertujuan membuka kisah silam, sebaliknya sebagai penutup yang baik terhadap perkara yang tertangguh sekian lama.
Baginya, penyelesaian secara harmoni tanpa sebarang sengketa adalah sesuatu yang disyukuri.
Isu berkenaan sekali gus mengingatkan tentang tanggungjawab mas kahwin yang merupakan hak isteri selepas akad nikah, selain membuktikan bahawa kesabaran sering menjadi kunci kepada penyelesaian terbaik.
Sumber: TikTok