Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut didakwa telah dicekik abang kandungnya berusia 14 tahun.

Jiran mangsa, Qhurun Ain Johani yang merupakan saksi kejadian berkongsi tragedi itu disedari oleh ibu mangsa yang melihat kejadian menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) disalurkan menerusi aplikasi di telefon bimbitnya kira-kira pukul 12 tengah hari.
Advertisement
“Ibu mereka yang ketika itu sedang bekerja telah menghubungi saya meminta bantuan memeriksa keadaan dua beradik itu kerana dia melihat abangnya sedang mencekik mangsa di aplikasi CCTV.
“Sebaik sahaja saya masuk ke dalam rumah, saya menjerit bila nampak si abang sedang mencekik leher adiknya yang telah pucat dan dipercayai tidak bernyawa,” katanya.
Lebih menyayat hati apabila abang mangsa seolah tidak menyedari perbuatannya sehingga dia terpaksa menepis kuat genggaman tangan remaja berkenaan.
Mangsa merupakan anak ketiga daripada empat beradik, manakala suspek adalah anak sulung keluarga tersebut.
Mangsa mengalami sakit mata dan tinggal bersama abangnya ketika kejadian berlaku, manakala dua beradik yang lain sedang bersekolah.
“Saya tak sangka kejadian ini berlaku di depan mata kerana abangnya sebelum ini memang budak yang baik.
“Cuma baru-baru ini dia mengalami trauma kerana mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah dan meracau, namun dikatakan telah sembuh selepas dibawa berubat,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online