Tiga wanita termasuk pemilik taska didakwa atas pertuduhan mengabaikan dan menganiaya lima kanak-kanak di bawah jagaan mereka, minggu lalu.

Mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak hari ini bagi menghadap pertuduhan tersebut.
Advertisement
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad dan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Pada prosiding di hadapan Azizah, Rozidah yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah meninggalkan mangsa tanpa pengawasan dan pemeliharaan untuk satu tempoh yang tidak berpatutan.
Kesalahan yang menyebabkan mangsa cedera di lengan kiri itu dilakukan di Taska Nur Raihan, Taman Meru Perdana dalam daerah Chemor antara pukul 4.14 hingga 4.15 petang, 6 Julai 2023 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-kanak 2021.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K. Darinee manakala tertuduh diwakili peguam Muhd. Alif Afandi dan Mohamad Salihen Mastor.
Sumber: Berita Harian