
Gambar : Foto Twitter/De Archeoloog
Advertisement
Satu mumia yang disaluti emas telah ditemui oleh ahli arkeologi dalam sebuah keranda batu yang tidak pernah dibuka selama 4,300 tahun.
Mumia tersebut merupakan seorang lelaki yang bernama Hekashepes merupakan salah satu mayat bukan raja yang tertua dan paling lengkap pernah ditemui di Mesir.
Ia ditemui di tapak perkuburan di selatan Kaherah, Saqqara di kedalaman 15 meter bersama tiga kubur yang lain.
Salah satu mumia yang ditemui adalah seorang lelaki bernama Khnumdjedef yang merupakan seorang imam, inspector dan penyelia bangsawan.
Manakala seorang lagi bernama Meri yang merupakan pegawai kanan istana yang diberi gelaran Penyimpan Rahsia.
Saqqara adalah tanah perkuburan dengan usia dijangka melebihi 3000 tahun dan merupakan tapak warisan dunia UNESCO.
Sumber : Astro Awani