Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Cemas, 17 Rumah Setinggan Atas Air Musnah Dijilat Api

Baru-baru ini, ujian menimpa penduduk Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah apabila lebih 17 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran.

penduduk cemas, 17 rumah setinggan atas air musnah dijilat api

Semua rumah jenis tidak kekal berkenaan dilaporkan musnah sepenuhnya dan kebakaran berlaku kira-kira jam 9.00 pagi.

Advertisement

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi.

Sepasukan 20 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna dan Kunak dikerahkan ke lokasi kebakaran bagi operasi memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman terus dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak ke rumah berhampiran.

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 60 meter dengan dua pancutan menggunakan sumber air terbuka,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Keadaan air laut cetek menyebabkan pegawai Bomba sukar sampai ke lokasi kejadian dan pasukan operasi terpaksa berjalan sejauh 150 meter dari bot untuk sampai ke kawasan kebakaran.

“Api berjaya dikawal pada jam 9.58 pagi dan operasi pemadaman diteruskan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain. Operasi akhirnya berjaya ditamatkan pada jam 11.15 pagi,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani
 

SINAR Muzik Retro Terbaik