Pasukan keselamatan di Turkiye dan Syria masih giat menjalankan misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi.

Malah, mereka berkongsi apabila berlakunya 'keajaiban' apabila berjaya menyelamatkan seorang budak lelaki dan seorang warga emas yang terperangkap di bawah serpihan bangunan runtuh.
Advertisement
Wilayah Hatay dilihat paling terjejas apabila Mustafa berusia tujuh tahun telah diselamatkan pasukan keselamatan manakala Nafize Yilmaz, 62, ditarik keluar dari runtuhan bangunan di Nurdagi.
Pasukan SAR berjaya menyelamatkan mereka setelah 163 jam masa diambil pada Ahad.
Pada Ahad, seorang anggota pasukan pencarian British menyiarkan video yang luar biasa di Twitter menunjukkan seorang penyelamat merangkak menuruni terowong yang dicipta melalui runtuhan untuk mencari seorang lelaki Turkiye yang terperangkap selama lima hari di Hatay.
Pasukan SAR berdepan perlumbaan kekangan masa kerana pakar memberi amaran bahawa harapan dapat menemukan mangsa yang masih hidup di dalam puing-puing runtuhan akan malap setiap hari.
Pelbagai pasukan keselamatan dari pelbagai negara juga turut hadir untuk membantu bagi mangsa gempa bumi terlibat di Turkiye dan Syria.
Sumber: Harian Metro