Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Israel Akan Serang Guna Gas Saraf, Musnahkan Terowong Hamas

Konflik yang berlaku di Palestin-Israel ini ketika ini bakal menyaksikan banyak jangkaan kejadian akan berlaku.

israel akan serang guna gas saraf, musnahkan terowong hamas

Baru-baru ini, pejuang Palestin menjangkakan bahawa Israel akan menyerang terowong Hamas menggunakan gas saraf dan senjata kimia di bawah pengawasan komando Pasukan Delta Amerika Syarikat (AS).

Advertisement

Memetik laporan Middle East Eye, sumber kanan Arab Saudi mendedahkan tindakan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada serangan mengejut di Semenanjung Gaza.

Malah, Israel dan AS merancang serangan mengejut untuk menyelamatkan kira-kira 220 tebusan dengan menembusi terowong Hamas dan membunuh beribu-ribu askar Briged al-Qassam.

“Pelan itu bergantung pada unsur kejutan untuk memenangi pertempuran dengan nekad, menggunakan gas yang diharamkan di bawah konvensyen antarabangsa, terutamanya gas saraf. Gas saraf akan dipam ke dalam terowong,” kata sumber itu.

Tambahnya, jumlah besar gas saraf yang dipam ke dalam terowong Hamas akan diawasi Pasukan Delta AS.

Gas saraf itu dilaporkan mampu melumpuhkan pergerakan badan dalam tempoh selama enam hingga 12 jam.

“Dalam tempoh ini, terowong akan ditembusi, tebusan diselamatkan dan beribu-ribu askar al-Qassam terbunuh,” katanya.

Namun, maklumat mengenai kebocoran data itu tidak dapat disahkan dan White House dan Jabatan Pertahanan AS tidak mengeluarkan tidak memberi komen mengenainya. 

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik