Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ekuinoks Mac Berlaku, Seluruh Dunia Alami Masa Sama 12 Jam Siang & 12 Jam Malam

Fenomena masa siang dan malam yang sama panjang akan berlaku di seluruh dunia pada 20 Mac.

ekuinoks mac berlaku, seluruh dunia alami masa sama 12 jam siang & 12 jam malam

Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pihaknya memaklumkan matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa sepanjang hari tersebut, yang juga dikenali sebagai peristiwa ekuinoks.

Advertisement

"Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam," jelas MOSTI.

Beberapa kawasan yang betul-betul berada di Garisan Khatulistiwa akan mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang. Antaranya seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador.

Manakala, peristiwa tengahari tanpa bayang ini pula akan berlaku sedikit lewat di Malaysia iaitu selepas ekuinoks.

Beberapa kawasan seperti Putrajaya dijangka bakal menghadapi fenomena ini pada 27 Mac  dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac.

Fenomena ekuinoks biasanya dijangka berlaku di Malaysia sekitar 20-21 Mac dan 23 September.

Sumber: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
 

SINAR Muzik Retro Terbaik