Kecoh di seluruh dunia apabila kebakaran yang mengorbankan 113 orang dalam satu majlis perkahwinan di utara Iraq rupanya berpunca daripada kecuaian serius dan kelemahan langkah-langkah keselamatan.

Memetik laporan Middle East Eye, pihak kerajaan mendedahkan punca kebakaran itu kepada umum.
Advertisement
“Kebakaran tidak disengajakan itu berlaku kerana kecuaian yang serius,” lapor penemuan siasatan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Abdul Amir al-Shammari sendiri yang mengumumkan keputusan siatan tersebut dalam satu sidang akhbar semalam.
“Menggunakan perhiasan mudah terbakar membantu api merebak yang mengubah dewan majlis menjadi bebola api,”katanya.
Tambahnya, pasukan penyelamat sukar menyelamatkan mangsa kerana hanya terdapat beberapa pintu kecil dan api memerangkap tetamu di dalam dewan.
Sekurang-kurangnya 150 orang turut cedera akibat melecur, terhidu asap dan akibat dipijak ketika cuba melarikan diri.
Malah, bunga api yang dinyalakan di dalam dewan tersebut membakar hiasan perkahwinan pada siling.
Pemilik dan tiga kakitangannya membenarkan kehadiran seramai 900 orang biarpun kapasiti penuh dewan itu hanya boleh menampung 400 individu sahaja.
Siasatan sama turut mengesyorkan tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa pegawai tempatan.
Sekurang-kurangnya 14 orang, termasuk pemilik dewan, 10 pekerja dan tiga orang yang disyaki membakar bunga api telah ditahan pihak berkuasa.
Sumber: Kosmo Online