Skip to main content

Advertisement

Hiburan

1 Daripada 8 Kanak-Kanak Perempuan Diperkosa Sebelum Berusia 18 Tahun

Lands-P-17.png

 

Advertisement

Lebih 370 juta kanak-kanak perempuan dan wanita, atau satu daripada lapan individu di seluruh dunia, telah menjadi mangsa pemerkosaan dan serangan seksual sebelum mencapai usia 18 tahun.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Tabung Kecemasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Rabu yang turut mendedahkan jumlah itu meningkat kepada 650 juta orang atau satu daripada lima individu di seluruh dunia di bawah kategori keganasan seksual bukan melibatkan fizikal seperti serangan lisan atau di platform dalam talian.

Tinjauan global pertama itu juga mendapati bahawa antara 240 hingga 310 juta kanak-kanak dan lelaki, atau satu daripada 11 individu di seluruh dunia, telah menjadi mangsa rogol dan serangan seksual semasa masih di bawah umur.

Menurut UNICEF, penemuan tersebut menekankan keperluan mendesak untuk memperketat undang-undang yang sedia ada dan melancarkan kempen kesedaran untuk membantu kanak-kanak memahami bentuk-bentuk keganasan seksual serta menggalakkan mereka untuk memaklumkan kepada orang dewasa.

 

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik