Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Zulkifli Ismail Sebak Pindah Rumah, Banyak Kenangan Menyewa Selama 32 Tahun

Pelakon veteran, Zulkifli Ismail mengakui rindu akan rumah sewa yang didiaminya hampir 32 tahun lamanya.

zulkifli ismail sebak pindah rumah, banyak kenangan menyewa selama 32 tahun

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, beliau berkongsi kisah suka dan duka sepanjang menyewa sebuah rumah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Advertisement

Malah, beliau juga tidak menafikan banyak kenangan dan jasa sepanjang menyewa di rumah tersebut sejak berusia 27 tahun lagi.

“Sejak masih bujang sehingga dah bermenantu. Terlalu banyak kenangan di sini,” tulisnya di kapsyen.

Tambahnya, Zulkifli juga memaklumkan harga rumah sewa yang semakin mahal membuatkan dia hendak berpindah.

Difahamkan, dia hanya menyewa dengan harga RM350 sebulan pada mulanya sehinggalah naik kepada RM1,000 sebulan.

Berusia 59 tahun, pelakon itu akan berpindah ke rumahnya sendiri di Kajang, Selangor.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik