Penyanyi, Ziana Zain berkongsi kisah aidilfitri yang tak pernah dilupakan dulu ketika rumah keluarganya dikunjungi peminat dari luar Lembah Klang.
"Pernah sekali jam 1.30 pagi, ada dua ke tiga van menunggu saya di depan rumah. Waktu itu saya ada persembahan di luar. Jadi, bila mak telefon, dia minta saya balik sebab mereka sudah menunggu lama.
Advertisement

"Bagi saya itu adalah tanda penghargaan mereka sebab ada yang datang dari jauh, dari luar Kuala Lumpur semata-mata untuk berjumpa saya," katanya.
Malah, dia juga terharu apabila para peminatnya menghantar kad ucapan khas untuk dirinya.
"Kenangan lain mengenai Aidilfitri adalah kad raya. Kalau dulu sebelum zaman media sosial, saya dapat empat hingga lima guni kad raya.
Tambahnya, Ziana juga menyediakan pokok khas untuk dia menyimpan kad raya yang diterima.
"Ribuan kat raya sampai di rumah. Jadi, di rumah saya sediakan pokok khas untuk kad raya saya. Satu pokok lagi untuk Anuar dan ada juga pokok untuk Pak Zain.
"Kad raya daripada peminat pula sangat kreatif. Ada yang tampal gambar kita dan ada yang letakkan muzik. Syarikat rakaman pun ada peruntukan untuk kad raya yang perlu dibalas. Ada juga kad yang saya beli sendiri," jelasnya.
Sumber: Harian Metro