Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Zarina Zainuddin Kecewa Individu Sebar Berita Palsu Kematian Dirinya

Pelakon, Zarina Zainuddin kecewa dengan tindakan individu tak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu kematian terhadap dirinya di media sosial.

 zarina zainuddin kecewa individu sebar berita palsu kematian dirinya

Advertisement

Malah, dia juga terkejut dan tertanya-tanya apa tujuan sebenar yang cuba dilakukan pihak berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Zarina mengetahui berita tersebut daripada seorang adik angkatnya di Johor.

"Tapi, saya amat terkejut dengan berita tidak betul yang disebarkan itu dan saya juga tidak faham apa niat sebenar mereka. Sebenarnya mereka nak minta kita popularkan laman sesawang ke atau blog ke, itu yang saya tak faham.

“Alhamdulillah, saya sedang bekerja ini di set penggambaran ketika ini untuk sebuah drama bagi produksi.

"Apapun, mohon doa-doakan saya agar panjang umur, sihat dan keluarga saya diberi perlindungan," katanya mengakui bimbang jika berita itu dilihat dan dibaca anak istimewanya, Azal yang kini berada di Singapura,” katanya.

Tambahnya, dia berkongsi kejadian ini merupakan pertama kali terjadi buat dirinya yang melibatkan kematian.

Dia berharap agar mereka yang tidak bertanggungjawab itu diberikan kesedaran dan keinsafan pada bulan mulia ini.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik