Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Zarina Anjoulie Dedah Sifat Sebenar Fathiaa - “ Dia Memang Berhati Busuk”

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie berkongsi sifat sebenar Fathia Latiff yang berhati busuk dan selalu mempunyai prasangka yang tidak baik ketika mereka menjalinkan hubungan persahabatan.

zarina anjoulie dedah sifat sebenar fathiaa - “ dia memang berhati busuk”

Dia berani untuk menyuarakan apabila isu melibatkan bekas sahabatnya itu dengan kutukan bertalu-talu terhadap pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.

Advertisement

Berusia 37 tahun, Zarina Anjoulie juga berhenti berkawan dengan Fathia disebabkan perangainya yang busuk hati apabila kerap memulakan isu perbalahan antara mereka.

Tambahnya, dia juga tidak suka apabila Fathia seringkali menunjukkan sikap suka membanding-bandingkan serta berprasangka buruk terhadap orang lain.

“Awak semua tahu apa jadi dengan Fathia, jadi ada benda Anju nak cerita sikit. Kalau tengok video tu, itulah masalah tentang Fathia.

“Kalau awak semua ingat dulu Anju pernah kawan dan gaduh dengan dia, inilah sebabnya, korang boleh rasa tak busuk hati dia? Sebab itu Anju berhenti kawan dengan dia.

“Kalau lepak, dia akan cakap yang Anju kawan dengan dia sebab ‘followers’ (pengikut). Lima tahun langsung tiada perubahan. Orang normal tak cakap macam itu,” katanya.

Malah, sebelum ini dia pernah melalui situasi sama seperti dilalui isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu, namun enggan menghebohkan perkara berkenaan kepada umum.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik