Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Zara Zya Dedah Rahsia, Akui ‘Cucuk’ Muka Dan Bibir

Pelakon Zara Zya mendedahkan dia telah melakukan suntikan vitamin pada wajah dan bibirnya akibat faktor perubahan hormon dan usia makin meningkat.

zara zya dedah rahsia, akui ‘cucuk’ muka dan bibir

Berusia 37 tahun, Zara juga menegaskan suntikan tersebut terpaksa dilakukan bagi penjagaan kulit lebih rapi berpanjangan.

Advertisement

Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau mesra disapa Zara mengakui usaha yang dilakukan itu tidak mempunyai tujuan lain hanya cuba membuat perubahan pada wajahnya.

"Sejujurnya memang ada beberapa klinik menaja saya membuat rawatan wajah. Lagipun, usia saya semakin meningkat dan mula timbul kedutan pada kulit. Jadi, saya buat sedikit suntikan.

"Tetapi, ia lebih kepada suntikan vitamin pada kulit saja untuk menampakkan wajah lebih tegang dan bibir yang segar. Kulit pun jadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan semula," jelasnya.

Tambahnya, dia juga mengambil peluang dengan kaedah rawatan kulit disediakan klinik estetik sesuai 

Dia mengulas juga bukan satu kesalahan sekiranya suntikan diambil lebih kepada vitamin.

Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap tindakan Zara yang membuat suntyikan vitamin itu.

Namun, dia tidak kisah dan tidak berfikir sekiranya menerima komen negatif kerana ia luahan pendapat masing-masing.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik