Pelakon dan pelawak, Zalif Sidek meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan zuriat pertamanya bersama isteri.

Isterinya, Anis Marzuki telah selamat melahirkan anak mereka di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kira-kira jam 9.15 malam.
Advertisement
Menurut perkongsian di laman Instagram Zalif, dia juga telah berkongsi gambar bayi perempuan.
tidak dapat menzahirkan rasa gembiranya dengan rezeki dan anugerah yang diberikan Tuhan itu.
“Tiada ada kata kata yang boleh diungkapkan dengan rasa syukur atas kelahiran anak pertama kami di dunia.
“Syukur Alhamdullilah. Terima Kasih Allah SWT. Semoga baby kami sentiasa sihat dan selalu dalam lindungan Tuhan.
Zalif mengucapkan terima kasih buat semua para peminat dan rakan artis yang mendoakan akan kesejahteraan mereka dan zuriat pertama.