Pelakon yang semakin dikenali dan menjadi fenomena melalui Projek High Council, Amir Ahnaf mengakui pada awalnya dia menghadiri sesi uji bakat untuk watak Zahrin yang dibawakan oleh Fazziq Muqris.
Bagaimanapun, pengarah terbuka untuk memberikan watak yang lebih mencabar kepada Amir dan ianya adalah watak utama pertama buat Amir sejak bergelar seorang pelakon.
Advertisement
“Saya dipanggil untuk uji bakat kali kedua dan diberikan watak Kahar. Saya memang tak sangka dapat bawa salah satu watak utama kerana sebelum ini dah terbiasa dengan watak-watak sampingan,” katanya.
Perkara itu dijelaskan Amir dalam satu program Youtube, Media Hiburan Next Gen baru-baru ini.
Menerusi Projek High Council, terbukti Amir seorang yang sangat berbakat dan wataknya memberi kesan kepada semua yang menonton naskhah tersebut.
Sumber : Media Hiburan