Menjadi impian setiap anak untuk membahagiakan kedua orang tua.
Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa syukurnya dapat membelikan sebuah rumah untuk kedua ibu bapanya. Pada mulanya Wawa ingin membeli rumah dua tingkat. Namun memikirkan faktor usia dan kesihatan, dia membatalkan niatnya.
Advertisement
Kedua ibu bapa Wawa berpindah duduk di Kuala Lumpur sekarang ini.
“Lama pujuk mak duduk semenanjung . Akhirnya dia setuju dan Wawa decide untuk belikan rumah untuk mak dan bapak..
“Mula-mula nak beli 2 tingkat. Tapi bila fikir-fikir duduk berdua dan dah berusia untuk naik turun.
“Jadi wawa cari rumah setingkat dan bila tengok keadaan rumah yang agak lama telan air liur juga lain.” Jelasnya.
Wawa membeli rumah dan melakukan proses renovasi hingga tampak sangat cantik dan mewah untuk ibu bapanya.
Dalam video yang dimuatnaik di Instagram, ayah Wawa sempat membacakan doa buat Wawa hingga mengundang sebak.
“Kepada mak ku saying yang lahirkan Wawa di dunia. Walaupun Wawa tidak membesar dengan mak. Mak kena tahu Wawa sayang dengan mak bapak dunia akhirat.