Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Warganet Tuduh Sarah Yasmine Ambil ‘Barang’, Sedia Buat Ujian Air Kencing

Baru-baru ini, nama Sarah Yasmine menjadi perhatian dan bualan warganet sejak minggu lalu selepas mengaku bercinta dengan suami pelakon Bella Astillah sejak Januari lalu.

warganet tuduh sarah yasmine ambil ‘barang’, sedia buat ujian air kencing

Malah, lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan satu per satu bukti kerana tidak tahan melihat aktor berkenaan dihentam sendirian sejak dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Advertisement

Namun, ramai individu kurang selesa dengan Sarah sehingga menuduh dirinya ‘lalok’ dan tidak betul.

Tambahnya, dia sentiasa sedia memberi kerjasama kepada polis Malaysia dan Singapura andai diminta melakukan ujian saringan air kencing.

Lebih menyedihkan apabila sesetengah individu mendakwa dia mengambil dadah ketika membuat pendedahan mengenai Aliff dan Ruhainies yang mengheret beberapa artis lain.

“Saya okey saja kalau nak ambil urine (air kencing), sila (mari) Central Narcotics Bureau Singapore (NBS) dan polis di Malaysia.

“Saya juga sedia luangkan masa untuk lakukan ujian air kencing itu,” tulisnya di Instagram Story.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik