Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wahid Satay Hidap Penyakit Jantung, Terlantar Seminggu Sebelum Hembus Nafas Terakhir

Seniman Legenda, Allahyarham Wahid Satay dilaporkan tidak bermaya dan hanya terlantar di katil sejak seminggu lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Arwah meninggal dunia di usia 93 di kediaman anak keduanya di Teban Gardens Road, Singapura, pagi ini.

Advertisement

wahid satay hidap penyakit jantung, terlantar seminggu sebelum hembus nafas terakhir

Menurut cucunya, Mahirah Mohd Yasin, dia memaklumkan arwah datuknya menetap dengan ibu bapanya selepas selepas pemergian arwah nenek, Allahyarham Azimah Mohd Taib pada 1994.

"Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapa saya kerana menetap bersama kami.

"Jika diikutkan arwah tidak boleh bangun dan hanya terlantar di katil dalam biliknya sejak seminggu lalu.

"Arwah sempat meraikan Aidilfitri bersama kami, namun kesihatannya merosot selepas beberapa hari menyambut raya.

"Kami membawa arwah ke hospital, namun dibawa pulang dan dipantau berehat di rumah," katanya.

Malah, dia juga berkongsi datuknya mempunyai penyakit jantung dan diabetes.

"Ibu jari kakinya pula ada jangkitan kuman. Bulan lalu arwah dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan ini dan serangan jantung ringan," jelasnya.

Dia bersyukur kepada semua peminat dan rakan artis yang sentiasa mengingati arwah datuknya biarpun sudah lama tidak aktif dalam bidang seni.

"Terima kasih mengambil tahu mengenai pemergian arwah. Doakan yang baik-baik buat arwah datuk," katanya.

Jenazah Allahyarham Wahid akan dibawa ke Pusara Aman, Singapura pada jam 1 tengah hari untuk dimandikan dan diuruskan pengebumian.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik