Penyanyi, Waheeda meluahkan tentang peringatan mengenai kematian terutamanya apabila dirinya diserang penyakit jantung pada tahun 2019.

Advertisement
Tambahnya, dia juga mempunyai perancangan dalam tempoh lima tahun akan datang terutamanya dalam bidang muzik.
"Pada usia begini, kalau tidak saya meninggal dunia dahulu, suami saya, itu saja yang berada dalam fikiran ketika ini.
"Selang sehari selepas arwah Kelly iaitu pemain bass terkenal meninggal dunia akibat serangan jantung, saya pula buat pertama kalinya diserang penyakit yang sama. Ketika itu saya sedang berseorangan di sebuah pusat membeli belah.
"Tiba-tiba rasa peluh sejuk dan saya sendiri tidak dapat hendak menggambarkan perasaan ketika itu. Ada rasa hendak muntah, rasa seperti hendak pitam namun saya kuatkan diri ke kereta.
"Katanya sekiranya berlaku lagi pada masa hadapan, saya tidak boleh lagi mendapatkan rawatan di klinik sebaliknya terus ke unit kecemasan di hospital," katanya.
Malah, dia juga berkongsi detik cemas apabila dirinya diserang sakit jantung ketika menjayakan sesi temu bual menerusi sebuah program televisyen semalam.
Sumber: Harian Metro