
Vokalis Setia Band, Charly, atau nama sebenarnya Charly Van Houten, 44, mengakui bahawa dia pernah menyimpan impian untuk berkolaborasi dan berduet dengan Allahyarham Saleem, namun hasrat tersebut tidak kesampaian.
Advertisement
Selain itu, Charly menganggap Saleem sebagai idolanya dalam bidang muzik sejak di bangku sekolah dan mengakui banyak belajar menyanyi dengan penuh perasaan melalui gaya nyanyian mereka.
"Saya memang sangat teringin untuk berkolaborasi dengan Allahyarham Saleem. Beliau pernah menjadi pembukaan konsert saya di Malaysia sekitar tahun 2007, ketika itu beliau masih bersama kumpulan Iklim," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Muzik Harmoni Setia, hari ini.
Menurut Charly, di Malaysia, tiada lagi penyanyi seperti Saleem yang memiliki karisma luar biasa.
"Saya banyak belajar tentang bagaimana menyanyi dengan tulus dari beliau, ‘feel’ itu memang saya rasakan," tambahnya.
Berkongsi perkembangan terkini, Charly juga mengumumkan bahawa dia akan menjayakan Konsert Muzik Harmoni Setia pada 7 Februari 2025 di Mega Star Arena.
Sumber: Kosmo