Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa syukur apabila dia sudah berbadan dua.

Berusia 32 tahun, pelakon itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi video di laman Instagram (IG) miliknya.
Advertisement
Namun, dia tidak mendedahkan usia kandungannya setakat ini kepada umum.
"Syukur Ya Allah, Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha.
"Gementar dari nak jadi isteri dan sekarang gementar untuk jadi ibu pulak," jelasnya.
Video perkahwinan serta kit ujian kehamilan yang mengesahkannya sedang mengandung itu jelas memaparkan betapa gembiranya dia untuk menimang cahaya mata.
Tambahnya, dia juga menjelaskan sebab mengapa selama ini lebih selesa mengunci mulut mengenai perkara berkaitan kehamilan itu.
"Ramai tanya kenapa Qasha tak jawab. Sebab pernah gugur, jadi Qasha takut. Jadi biarlah Qasha sendiri yang cakap.
"Doakan yang baik-baik untuk Qasha dan baby. Amin. Thank you so much pada yang doa,” katanya.
Sumber: Berita Harian