Pelakon, Kamal Adli dilaporkan sudah mula sedarkan diri daripada kejadian yang diserang individu tidak dikenali saat berada di ekspo yang berlangsung di Singapura, malam semalam.

Menurut perkongsian isterinya di laman Instagram, Uqasha Senrose meluahkan rasa sedih apabila suaminya dipukul sehingga cedera parah.
Advertisement
"Alhamdulillah. Kamal dan sedar dan masih mamai. Harap semua doakan keselamatan kami dan juga keselamatan kalian.
"Akhir zaman. Yang lain, Uqasha dan Kamal serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Tambahnya, dia berkongsi individu tidak dikenali itu menyerang suaminya secara tiba-tiba di negara republik itu.
"Ketika pihak polis menjalankan tugas mereka, saya sempat melihat nama individu itu di kad pengenalannya. Namanya Islam, tapi dia bertatu," katanya.
Malah, Uqasha juga memuat naik tangkap layar mesej daripada nombor telefon tidak dikenali, mengugut Kamal.
"Hey! Pesan sama Kamal Adli anjing itu, aku mesti bunuh dia. Aku mesti seksa dia habis-habisan. Semua anjing keparat," tulis individu berkenaan.
Sumber: Harian Metro