Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tom Luah Syukur Selesai Daftar Kelahiran Anak

Pasangan selebriti, Tom dan Fuad Rahman meluahkan rasa syukur apabila telah selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas genap usianya sebulan.

tom luah syukur selesai daftar kelahiran anak

Menurut perkongsian di laman Instagram, Tom, dia sangat gembira dan bersyukur segala urusan pendaftaran dipermudahkan.

Advertisement

"Alhamdulillah, selesai daftar kelahiran anak. Daftar sijil lahir. Segalanya dipermudahkan.

"Wah, bapa (Fuad) orang Singapura ada anak Malaysia, haha.

"Secara rasminya, nama anak ialah Putri Anggun Lovellia. Boleh panggil Anggun, Putri, Love atau Vel. Tapi mama (Tom) panggil baby," tulisnya di kapysen.

Terdahulu, Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital Sungai Buloh, kira-kira jam 2.30 pagi pada 18 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik