Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tom Dedah Alami Keguguran, Anggap Belum Rezeki Timang Cahaya Mata

Penyanyi, Tom mendedahkan dirinya mengalami keguguran dua hari lalu ketika usia kandungan mencecah tiga minggu.

tom dedah alami keguguran, anggap belum rezeki timang cahaya mata

Namun, bekas bintang Gegar Vaganza 9 ini tetap reda akan terjadi dan menyifatkan belum rezekinya menimang cahaya mata bersama suami, Fuad Rahman.

Advertisement

"Baru dua hari lepas saya alami keguguran. Usia kandungan masih baharu dalam dua hingga tiga minggu.

"Tetapi tidak mengapa, saya anggap belum rezeki. Mungkin sebelum ini, kami tidak merancang dengan betul. Jadi, selepas ini, kami cuba rancang sebaiknya. Insya-Allah, kalau ada rezeki, adalah," jelasnya.

Berusia 36 tahun, dia cukup teruja dan sudah merancang untuk berkongsi berita gembira itu untuk peminat di laman Instagramnya sebelum berlaku keguguran.

"Sebaik sahaja dapat tahu hamil, kami buat video untuk berkongsi berita baik itu dalam media sosial.

"Tetapi, apakan daya, belum sempat video itu dimuat naik, kami dikejutkan dengan perkhabaran sedih ini.

"Saya alami turun darah dan selepas membuat pemeriksaan, doktor maklum bayi sudah tiada.

"Disebabkan usia kandungan masih baharu dan saya aktif, memang mudah kandungan gugur,” katanya.

Terdahulu, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada majlis tertutup pada 26 Februari lalu.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik