Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘The Hulk’ Bidas Kenyataan PM Israel, Tetap Pertahan Rakyat Palestin

Pelakon popular hollywood, Mark Ruffalo membidas kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melabel rakyat Palestin sebagai "kerosakan sampingan".

‘the hulk’ bidas kenyataan pm israel, tetap pertahan rakyat palestin

Malah, Netanyahu juga menyalahkan mereka ketika Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza.

Advertisement

Namun, pelakon dikenali dengan watak 'The Hulk' itu tetap pendiriannya untuk membela rakyat Palestin dengan menegaskan mereka juga adalah manusia yang 'kebetulan' dilahirkan di negara itu dan kebanyakan terperangkap di Gaza.

Menurut perkongsian di laman X, dia tetap menyokong rakyat Palestin dan menegaskan mereka tetap manusia biasa bukanlah benda-benda atau barangan.

"Kasihanilah, mereka adalah rakyat Palestin bukan bangunan atau jalan raya atau benda...

"Mereka adalah manusia dan begitu juga tebusan yang nyawanya mungkin anda (Israel) akan hancurkan. Mereka juga bukan "kerosakan sampingan"," katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik