
Penyanyi Aina Abdul mengungkapkan bahawa banyak karya ciptaannya terinspirasi oleh pengalaman pahit yang dilaluinya semasa bercinta dahulu.
Advertisement
Aina Abdul atau nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani, 31, mengakui bahawa parut daripada pengalaman lalunya masih terasa.
Namun, Aina berterima kasih kepada bekas kekasihnya kerana membuatnya kecewa sehingga menjadi sumber inspirasi ketika mencipta lagu-lagu galau.
“Kalau dengar balik lagu-lagu saya semua sedih dan itu adalah luahan hati kerana kisah silam serta pengalaman cinta terdahulu yang buatkan saya boleh menulis lagu.
“Betul kata Ariana Grande, ‘thank you to my ex’ (terima kasih bekas kekasih). Sama seperti saya, kalau tidak disebabkan kerap gagal bercinta sebelum ini, mungkin saya tiada isi atau idea menulis lag,” ujar Aina.
Sebelum ini, lebih daripada lima lagu ciptaan beliau telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang bergenre balada dan mengisahkan tentang pengalaman percintaan yang ‘toxic’.
Sumber: Kosmo