Pelakon popular Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh dilihat sudah pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.

Menurut perkongsiannya di laman Instagram, foto memaparkan wajah gembira ibu tercinta, Datin Janet Yeoh sedang memegang trofi Oscar bersalut emas 24 karat dimenanginya.
Advertisement
“Bawa Mr. O pulang,” tulisnya di kapsyen.
Dia juga berbangga dapat membawa nama negara dan merangkul anugerah berprestij dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 pada 13 Mac lalu.
Malah, dia juga meluahkan rasa syukur dan menghargai sokongan dan dorongan kedua-dua orang tuanya sepanjang kerjayanya sebagai penggiat seni.
“Tanpa kasih sayang, kepercayaan serta sokongan ibu bapa saya, tidak mungkin saya ada di sini. Saya sayang anda berdua,” katanya.
Berusia 61 tahun, bintang Hollywood itu juga membawa trofi berprestij berkenaan ke kubur mendiang bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik.
Sumber: Kosmo Online