Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kahwin Senyap-Senyap? Tan Sri Michelle Yeoh Tampil Buka Mulut

Bintang Hollywood popular kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh tampil mendedahkan berhubung isu tentang perkahwinannya dengan Jean Todt selepas tiga hari bergelar isteri.

kahwin senyap-senyap? tan sri michelle yeoh tampil buka mulut

Menurut perkongsian di laman Instagram miliknya, dia memuat naik beberapa foto yang dipercayai ketika majlis perkahwinannya, termasuk sekeping foto yang menyaksikan beliau menyarungkan cincin kepada suaminya itu.

Advertisement

"19 tahun dan ya, kami sudah berkahwin. Terima kasih kepada semua 'keluarga' yang selama ini menyokong kami," tulisnya di kapsyen.

Terdahulu, majlis perkahwinan Michelle dan Jean tular di media sosial, selepas salah seorang tetamu berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.

Namun, ibu Michelle, Datin Janet Yeoh memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan itu tetapi dalam masa sama gembira kerana anaknya telah mengikat tali perikatan bersama Jean selepas 19 tahun bertunang.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik