Selepas bergelar bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 pada Mac lalu.
Advertisement
Pelakon kelahiran Malaysia popular Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh akan kembali ke tanah air bagi meraikan kemenangannya bersama peminat Malaysia.
Beliau selaku pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 pada Mac lalu melalui filem Everything Everywhere All At Once itu bakal diraikan pada satu majlis istimewa, di pusat beli-belah terkemuka ibu kota pada 18 April ini.
Beliau yang mula mencipta nama menerusi filem terbitan Hong Kong pada era 1980-an itu melakar sejarah bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia pertama, tetapi juga pelakon Asia pertama meraih trofi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam sejarah Oscar.
Pelbagai reaksi yang diberikan para peminat bagi pencapaian pelakon tersebut sehingga menjadi sebutan seluruh dunia.
Menerusi Oscar Ke-95, Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie: Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).
Terdahulu, menerusi watak Evelyn Quah Wang, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe Ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.
Sumber: Berita Harian