Skip to main content

Advertisement

Hiburan

"Saya Tak Nak Berdamai, Takkan Berdamai" - Puteri Sarah Tetap Ingin Bercerai

Puteri Sarah ketika ditemui pihak media selepas sesi bersama Jawatankuasa Pendamai menjelaskan yang dirinya tetap dengan pendirian bahawa inginkan penceraian.

Sesi untuk berdamai di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof gagal. Malah, sesi mencari penyelesaian bersama Jawatankuasa Pendamai juga berlangsung secara berasingan.

Advertisement

"Saya tak nak berjumpa, tak nak sebilik dan saya tegaskan kat sini saya masih dengan keputusan saya, saya nak bercerai

"Saya tak nak berdamai. Enough is enough. I'm tired," kata Puteri Sarah semasa ditemui. 

Sarah turut mejelaskan ketika sesi bertemu dengan ustazah semasa sesi berdamai, Sarah menceritakan semuanya termasuk bukti-bukti yang ada. 

Tetap bertegas untuk berpisah, Sarah akan menggunakan hakam sebagai alternatif jika tidak dilepaskan Syamsul Yusof. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

SINAR Muzik Retro Terbaik