Pengarah filem, Syamsul Yusof menarik balik saman difailkan terhadap pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang didakwa telah menyebarkan fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibunya, Datin Patimah Ismail hari ini.

Peguamnya, Azahir Nasir tampil memberikan pengesahan terhadap perkara itu selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, hari ini.
Advertisement
Dalam pernyataan tuntutan, Syamsul memfailkan saman terhadap pihak berkuasa agama itu kerana menyebarkan fakta aib dan memalukan kepada ibunya berhubung kenyataan isterinya, Faghira Fatini atau lebih dikenali Ira Kazar yang dipanggil memberi keterangan kepada JAWI, Ogos tahun lalu.
Malah, Syamsul juga mengambil tindakan undang-undang melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Mohd Haris Abdllah; Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dan MAIWP sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Kes itu juga pernah dilihat plaintif yang mahu menuntut ganti rugi teladan ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.
Sumber: Harian Metro