Pelakon, Syafiq Kyle teruja berkongsi berita gembira bahawa majlis pernikahannya bersama Mimi Lana dijangka berlangsung selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Malah, dia juga telah menyediakan segala persiapan akhir menjelang hari bahagia bagi pasangan ini.
Advertisement
"Doakan saya. Insha-Allah selepas Aidilfitri, kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu.
"Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal," katanya.
Menurut Syafiq, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan percaya mereka mampu menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni.
Tambahnya, Syafiq sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab kepada Mimi Lana dan menjalani kehidupan bersamanya.
"Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik.
"Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.
"Tambahan selepas berkahwin aktiviti seni akan berjalan seperti biasa. Pihak produksi pun faham dengan jadual kerja kami berdua," jelasnya.
Sumber: Harian Metro