Pelakon tanah air, Syafiq Kyle mendedahkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini bersama pelakon Mimi Lana.

Menurut perkongsian di laman Instagram Hlive, pelakon berusia 30 itu memaklumkan dia sedang melakukan persiapan untuk bergelar seorang suami.
Advertisement
Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau dikenali sebagai Syafiq, dia dan pasangannya Mimi Lana telah pun menghadiri kursus perkahwinan.
Pelbagai persiapan lain juga telah dilakukan mereka berdua bagi melangsungkan hari terbesar nanti.
Syafiq juga berharap agar semua pihak dan peminatnya mendoakan agar urusan mereka berdua akan berjalan lancar ke jinjang pelamin.
Terdahulu, Syafiq dan Mimi Lana menjalin hubungan cinta kira-kira tujuh tahun lalu sehingga menjadi tumpuan perhatian warganet dan peminatnya.